Tuesday, June 10, 2008

shopping kat london






kami hanya sempat shopping kat brent cross mall dan kami dapat beli beberapa cenderamata untuk kawan dan sedara kat malaysia...kami dah habiskan beberapa ribu ringgit tapi hati puas lah pasal barang standard beb...



nilah wang kat london yang papa bagi...untuk kenangan je..

lapangan terbang heathrow





15 april 2008-21 april 2008



nama tempat ni ialah lapangan terbang heathrow dan inilah lapangan yang kami gunakan ketika tiba dan balik...sedih sungguh kami ketika meninggalkan tempat ini...hukhukhuk


papa cakap tambang dari kuala lumpur ke sini ialah RM 5430(1825 pound)...tambang balik ke kuala lumpur ialah RM5270.85(1400 pound)...percutian ini ditaja oleh papa dan mama(sorang separuh)


saya sempat ambik risalah kat airport nilah....


time makan-makan






masa makan kat kedai ni,kami terasa macam kat malaysia lak...rindu kat masakan orang malaysia lah...kalau nak tahu lauk kat sini sedap-sedap....makan sehingga menjilat tumit...clear pinggan...wakakakaka!!!alamatnya ialah 273 old kent road,london SE1 5LU



nilah makanan yang kami makan masa kat kedai tadi...namanya ialah blue elephant tomyam....tapi harganya dalam ringgit malaysia hanyalah 20 ringgit dan 70 sen sahaja(kat kelantan 20 yao)



nama makanan ni ialah generic kosher food dan inilah makanan yang paling sodap kat sini tapi sayang lah kat sini tak ada sambal petai....wakakakakaka....daaaa


Istana buckingham yang popular

seawal jam 8 pagi kami bergerak ke istana buckingham kerana papa ingin melihat perarakan yang dilakukan oleh para pengawal istana....taklah best sangat tapi sebab nak jaga hati papa,kami ikut sajalah....kalau nak tau kat sinilah ratu elizabeth tinggal...prince harry dan william akan datang sini bila masanya tiba...



inilah gambar pengawal yang berjaga dihadapan istana ini....tapi pengawal ni tak bergerak langsung,macam patung saje....saya nak pegang tapi takut sebab mama cakap dia akan tembak kami kalau dikacau....kakak saya memandang mukanya dan mengusik pakaiannya tetapi dia buat tak endah sahaja...macam tunggul kayu je....kasi bengang je kepala dah bersemak...wakakakakakaka..

tower bridge time!!!



pukul 10 pagi.hari ke3...


London bridge is falling down..falling down...falling down
tower bridge atau lebih dikenali sebagai london bridge sangat popular di mata dunia....

ramai orang yang datang ke london pasti akan datang ke sini tau!!!

saya tak tahu sejarah terperinci tower bridge,tapi apa yang saya tahu ialah tower bridge di bina pada tahun 1971 dan kedua-dua sayap jambatan ini akan diangkat jika kapal besar ingin melaluinya....

info yang lagi satu saya dapat dari 'uncle'yang duduk disebelah saya didalam bas....dia kata tower bridge ialah tower bridge dan bukan london bridge kerana london bridge terletak di arizona u.s.a...

jauh tuuu!!!!ingatkan sama tadi dan 'uncle'tu cakap,london bridge di tiru oleh orang amerika dan mereka menyangka mereka telah mencipta tower bridge yang baru....hahaha!!!

hai!!ingatkan apalah yang 'uncle'ni nak beritahu...
pemandangan tower bridge pada waktu malam sangat indah tau....tapi tak lah romantik macam trafalgar square....



trafalgar square!!!!

cantikkan tengk burung terbang.....rasa macam 'free' sangat tengok mereka terbang tanpa perlu
fikir apa-apa.....kan best kalau jadi mereka!!!
kami mabil gambar ini pada pukul 8.30 pagi...awal kan kami bangun mata pun masih mengantuk tau!!!


wow!!!itulah yang kami rasa keitka tiba di 'Trafalgar Square'....indahnya tempat ini....kami rasa
dalam banyak-banyak tempat,inilah tempat yang paling romantik kalau nak diziarah....
lain kali kalau dapat datang lagi,kami nak tinggal lama sikit supaya dapat datang sini hari-hari...




london eye!!!


Inilah pemandangan london eye pada waktu malam...
london eye adalah destinasi wajib untuk dilawat jika pergi ke london...
kami cadangkan datanglah ke sini pada waktu malam
pemandangan kerana sangat memikat kalbu...
selepasa itu kami pergi makan di mc donald yang berdekatan kerana sudah lapar....

time kat london


hai semua pembaca!!!
apa khabar????
semasa kami di london kami menginap di 'Clavell Hotel'.....
biliknya taklah terlalu besar tapi bolehlah kami tidur dengan nyenyak...
harganya tidaklah terlalu mahal.....
hanya 87 pound sterling sahaja tapi kalau tukar duit malaysia mahallah...mama hampir pengsan masa kami beritahu harga sebenar bilik hotel ini....papa pula hanya tersenyum kambing....yela bila lagi dapat tengok mama nak pengsan...masa check suhu kat dalam bilik suhunye adalah 21 darjah celcius...tapi tu time siang kalau malam lagi sejuk tau....14 darjah celcius,sejuk giler....